Saturday, January 23, 2010

Biro-biro Lembga Pengawas SMKAP


Bidang Tugas Biro-biro Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah

  1. Biro Pengurusan Am
Biro Pengurusan Am ialah biro yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembahagian tugasan kepada para pengawas.
Jadual bertugas semasa waktu rehat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Penyediaan jadual bertugas adalah secara berkala iaitu dua minggu sekali.

  1. Biro Perhimpunan
Biro Perhimpunan ialah biro yang bertanggungjawab dalam menguruskan barisan pelajar untuk perhimpunan rasmi atau tidak rasmi SMK Ampang Pecah.

  1. Biro Public Adress System / Sistem PA
Biro yang bertanggungjawab dalam pengendalian pembesar suara dan mikrofon semasa majlis rasmi dan perhimpunan rasmi. Turut mengendalikan stesen radio mini sekolah bersama dengan Biro Dokumentasi.
Jadual bertugas adalan secara berkala iaitu sebulan sekali. Dua orang pengawas setiap hari.

  1. Biro Majlis Rasmi
Biro yang mengendalikan majlis-majlis rasmi sekolah. Setiap majlis rasmi, biro turut bekerjasama dengan biro system PA.
Jadual bertugas bagi pengerusi majlis adalah untuk sepanjang tahun dengan pengawas-pemgawas yang tetap pada hari Isnin dan latihan untuk pengawas selebihnya pada hari lain.
Jadual bertugas bagi ketua bacaan doa dan bacaan ikrar adalah secara berkala sama seperti pengerusi majlis.

  1. Biro Disiplin & Tatatertib
Biro yang mengendalikan disiplin pengawas dan pelajar dari segi pakaian dan penampilan. Bertanggungjawab melakukan pemeriksaan harian selepas perhimpunan untuk memastikan penampilan pelajar dalam keadaan kemas, bersih dan berdisiplin.

  1. Biro PSP / Pengurusan Sistem Penalti
Biro yang bertanggungjawab dalam mengedar, mengendali, mengurus dan memproses boring penalti pelajar. Bekerjasama dengan biro tatatertib semasa pemeriksaan harian dan mingguan.

  1. Biro Gerakan Khas
Betanggungjawab dalam menjalankan ‘spot check’ dan bekerjasama dengan biro PSP, menjalankan rondaan pada waktu pagi selain menyediakan jadual untuk ahli biro mengawal pintu pagar utama dan pintu pagar kecil.

  1. Biro Kebersihan & Keceriaan
Bertanggungjawab dalam memastikan Bilik Pengawas dalam keadaan kemas, bersih dan ceria sepanjang masa.
Turut bertanggungjawab dalam pengurusan papan kenyataan / papan informasi Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah dengan menjadikan papan tersebut lengkap dengan informasi yang perlu ada selain kemas dalam erti kata lain menunjukkan bahawa Lembaga Pengawas adalah sebuah sistem yang cekap dan sistematik.

  1. Biro Dokumentasi
Bertanggungjawab dalam membina dan menguruskan blog Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah disamping menjadi jurugambar bagi majlis-majlis rasmi. Bekerjasama dengan Biro PA Sistem semasa waktu rehat untuk mengendalikan stesen radio mini sekolah.

0 comments:

Post a Comment