TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
· Mengawal disiplin pelajar.
· Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
· Menjaga imej dan nama baik sekolah.
· Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
· Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
· Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
· Memimpin rakan-rakan pelajar.
· Mencegah kes jenayah di sekolah.
· Menghormati guru.
· Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
· Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
· Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
· Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
· Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
· Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
· Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
· Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
· Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
· Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat.
0 comments:
Post a Comment