Friday, April 30, 2010

Kini, kemudi SMKAP tinggal berdua.




Satu bulan yang lalu warga SMKAP telah kehilangan seorang ibu,namun, mulai 10 April 2010, seorang bapa dan guru yang komited akan meninggalkan kami.


Beliau ialah Tn. Hj. Mohd Mohtar b Husin, Penolong Kanan Pentadbiran SMKAP semenjak dari mula sekolah ini ditubuhkan. Sebagai salah seorang guru perintis, tuan haji banyak membantu membangunkan sekolah ini dari tidak dikenali ramai sehingga namanya dipahat dan dikenali diseluruh Malaysia, amnya dan antarabangsa, umumnya.

Majlis pada hari Jumaat, 9 April 2010 lalu dijalankan dalam keadaan sederhana. Khabarnya, tuan haji sendiri tidak mengetahui tentang sambutan majlis tersebut. Dimulakan dengan bacaan ayat suci AlQuran dan  Surah Yasin, majlis kemudiannya diambil alih oleh guru pengerusi majlis.


Ketua Pengawas SMKAP, Nur Syahmin Alya bt Masri dari tingkatan 5 Gemilang telah menyampaikan  ucapan mewakili para pelajar. Seterusnya Puan Nor Azizah membacakan serba sedikit biodata tuan haji sebelum tuan yang diraikan memberikan ucapan.


Kata-kata terakhir dari seorang bapa.


Persembahan yang diatur juga mantap dan berkarisma, as expected from warga SMKAP. Dimulakan dengan deklamasi sajak, Bak air yang mengalir daripada dua orang pelajar tingkatan 5 diringi dengan petikan gitar syahdu dari dua orang pelajar tingkatan 4, persembahan diteruskan dengan syair yang dilagukan oleh saudari Nur Fara Ain Yusri, pengawas tingkatan 4.


Dik ain sedang menjiwai syair yang dilagukan.


 Kemudian, kejutan daripada Ustazah Enezah dengan dua orang penyani nasyid diterbanngkan khas dari SAMT KKB. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu nasyid dari kumpulan Far East - Cinta Pertama dan dari kumpulan Aeman - Buatmu Ibu


Penyanyi nasyid cilik dari SAMTKKB. Awesome performance, dik.


Kejutan terakhir semsetinya apabila tuan haji membuat kuiz tentang diri beliau, dengan angpau berisi...tekalah sendiri. Hehehe...rahsia tersebut kekal bersama yang dapat angpau sahaja.



Sebagai seorang yang pernah bergelar warga SMK Ampang Pecah, sudah pasti pemergian tuan haji akan dirindui oleh kami semua di sini. Bakti yang dicurahkan serta pengorbanan yang telah dilakukan selama bertugas di SMKAP kurang lebih 9 tahun akan menjadi suatu kenangan abadi yang terukir dalam sejarah kecemerlangan sekolah kita. Hanya sekalung penghargaan dapat dihulurkan sebagai tanda terima kasih kami kepada tuan haji atas jasa yang tidak ternilai. Terima kasih tuan!

 
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

Perginya Seorang insan Yang Disayangi.


Jasamu dikenang...

Pada Selasa 23 Febuari 2010 bersamaan 9 Rabiul-Awwal 1431H, SMK Ampang Pecah telah kehilangan seorang ibu.
Majlis tersebut dilakukan dalam keaadan meriah pada mulanya namun beransur-ansur menjadi hiba kerana saat beliau untuk bersara wajib semakin hampir.



Barisan segak unit beruniform menyambut kedatangan beliau.


Barisan bunga manggar 1 Malaysia. ;P


Langka pertama ke perhimpunan terakhir bersama warga pelajar.


Kek 5 tingkat. Macam nak kahwin pula..hehe..


Barisan guru-guru dan guru praktikum bersama Pn. Hjh Hamidah.


Gambar terakhir Ketua Biro Dokumentasi LP 2010 dengan puan pengetua.


Senyum jangan tak senyum cikgu.


>.< Lambaian terakhir seorang ibuyang berdedikasi.


Majlis yang meriah dengan berbagai kejutan dan persembahan hebat (kek cawan dari pengetua dan termasuklah tarian 1 Malayia bimbingan cikgu praktikum) ini merupakan medan terakhir bagi semua warga sekolah untuk melahirkan ucapan terima kasih di atas bakti beliau disini. 

Bagi melunaskan rasa rindu kami kepada puan pengetua sebelum pemergian beliau, kami dapat berpeluang mendengar amanat terakhir daripada beliau. Kata-kata hikmah dan pesanan dari beliau akan menjadi ingatan dan panduan kepada semua untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
Kehilangan beliau merupakan sesuatu yang amat besar. Beliau diumpamakan seperti sebutir permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun hanya bekas yang ditinggalkan. Sepanjang perkhidmatan beliau di SMK Ampang Pecah, harus diakui bahawa puan pengetua mentadbir sekolah ini dengan sentuhan sifat-sifat keibuan. Lembut, mesra, mudah di bawa berbincang, dan penuh dengan rasa kasih sayang serta penuh rasa empati. Walau bagaimana pun, dalam kelembutan beliau, tetap ada tegasnya. Sehubungan dengan itu, teguran dan nasihat yang puan pengetua sampaikan akan diingati, Insya Allah.  


Selamat bersara puan.


Smile, for this is a farewell and not goodbye.