Friday, April 30, 2010

Kini, kemudi SMKAP tinggal berdua.




Satu bulan yang lalu warga SMKAP telah kehilangan seorang ibu,namun, mulai 10 April 2010, seorang bapa dan guru yang komited akan meninggalkan kami.


Beliau ialah Tn. Hj. Mohd Mohtar b Husin, Penolong Kanan Pentadbiran SMKAP semenjak dari mula sekolah ini ditubuhkan. Sebagai salah seorang guru perintis, tuan haji banyak membantu membangunkan sekolah ini dari tidak dikenali ramai sehingga namanya dipahat dan dikenali diseluruh Malaysia, amnya dan antarabangsa, umumnya.

Majlis pada hari Jumaat, 9 April 2010 lalu dijalankan dalam keadaan sederhana. Khabarnya, tuan haji sendiri tidak mengetahui tentang sambutan majlis tersebut. Dimulakan dengan bacaan ayat suci AlQuran dan  Surah Yasin, majlis kemudiannya diambil alih oleh guru pengerusi majlis.


Ketua Pengawas SMKAP, Nur Syahmin Alya bt Masri dari tingkatan 5 Gemilang telah menyampaikan  ucapan mewakili para pelajar. Seterusnya Puan Nor Azizah membacakan serba sedikit biodata tuan haji sebelum tuan yang diraikan memberikan ucapan.


Kata-kata terakhir dari seorang bapa.


Persembahan yang diatur juga mantap dan berkarisma, as expected from warga SMKAP. Dimulakan dengan deklamasi sajak, Bak air yang mengalir daripada dua orang pelajar tingkatan 5 diringi dengan petikan gitar syahdu dari dua orang pelajar tingkatan 4, persembahan diteruskan dengan syair yang dilagukan oleh saudari Nur Fara Ain Yusri, pengawas tingkatan 4.


Dik ain sedang menjiwai syair yang dilagukan.


 Kemudian, kejutan daripada Ustazah Enezah dengan dua orang penyani nasyid diterbanngkan khas dari SAMT KKB. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu nasyid dari kumpulan Far East - Cinta Pertama dan dari kumpulan Aeman - Buatmu Ibu


Penyanyi nasyid cilik dari SAMTKKB. Awesome performance, dik.


Kejutan terakhir semsetinya apabila tuan haji membuat kuiz tentang diri beliau, dengan angpau berisi...tekalah sendiri. Hehehe...rahsia tersebut kekal bersama yang dapat angpau sahaja.



Sebagai seorang yang pernah bergelar warga SMK Ampang Pecah, sudah pasti pemergian tuan haji akan dirindui oleh kami semua di sini. Bakti yang dicurahkan serta pengorbanan yang telah dilakukan selama bertugas di SMKAP kurang lebih 9 tahun akan menjadi suatu kenangan abadi yang terukir dalam sejarah kecemerlangan sekolah kita. Hanya sekalung penghargaan dapat dihulurkan sebagai tanda terima kasih kami kepada tuan haji atas jasa yang tidak ternilai. Terima kasih tuan!

 
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

0 comments:

Post a Comment