Sunday, June 16, 2013

MESYUARAT AGONG PENGAWAS 2013

Pada 31 Januari 2013 bersamaan dengan hari Khamis, semua Ahli-ahli Lembaga Pengawas sesi 2013 telah mengadakan Mesyuarat Agong 2013. Pada hari ini juga, para pengawas akan mengenali Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas 1, Timbalan Ketua Pengawas 2 serta Ketua-ketua Biro.
Mulai dari ketua biro lelaki, Norul Amarul Hafizh bin Jabarul Haddan selaku Ketua Biro Disiplin Lelaki, Nurul Farah Adiba binti Zaraiee selaku Ketua Biro Program Sistem Penalti, Luo Yuok Yee selaku Ketua Biro Gerakan Khas, Atiqah Aqilah binti Kamarudin selaku Bendahari, Ghina Tsurayya Alyahya binti Hasbi selaku Ketua Biro Majlis Rasmi, Siti Noor Farhana binti Abdul Rahman selaku Ketua Biro Keceriaan, Siti Salwa binti Ahmad Fadzil selaku Ketua Biro Pengurusan AM, Navitaa A/P Prabagaren selaku Ketua Biro Perhimpunan Perempuan, Shazleen binti Ahmad Taupiq Nasri selaku Ketua Biro Disiplin Perempuan dan Nur Afiqah Binti Ahmad Tajudin selaku Ketua Biro Dokumentasi. Terdapat lagi beberapa Ketua Biro yang lain, namun mereka tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut.


Muhammad Aiman bin Shari (Ketua Pengawas SMK Ampang Pecah) yang memerhati Sumaiyah binti Khairuddin (Tim.Ketua Pengawas SMK Ampang Pecah) memberi taklimat.


Muhammad Aiman bin Shari memberi sedikit ucapan mengenai mesyuarat tersebut.



Tahniah diucapkan kepada semua ahli Lembaga Pengawas kerana berjaya menghadirkan diri anda ke Mesyuarat Agong Lembaga Pengawas tahun 2013.

Thursday, February 14, 2013

Car Wash Pengawas

Pada hari Rabu bersamaan 6 Februari 2013, Lembaga Pengawas telah melaksanakan satu aktiviti iaitu Car Wash. Aktiviti ini dilakukan bagi mengumpul lagi dana untuk Lembaga Pengawas. Aktiviti ini turut dibantu oleh guru pengawas iaitu Pn. Siti Hajar beserta suami beliau. Ahli-ahli lembaga pengawas juga telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang aktiviti ini dilaksanakan.

Penyediaan untuk Car Wash.



Para pengawas sedang khusyuk melihat cara-caranya.



Giliran Ketua Pengawas pula.....

Pn. Siti Hajar turut membantu dalam aktiviti ini.


Pengawas sedang membersihkan bahagian dalam kereta.


Selesai sudah aktiviti pada hari ini.

Walaupun agak penat mencuci kereta, namun riak wajah semua ahli Lembaga Pengawas tetap ceria. Tahniah diucapkan kepada semua pengawas kerana anda telah menunjukkan sikap berkerjasama antara satu sama lain. Setinggi-tinggi perhargaan juga diberikan kepada Pn. Siti Hajar beserta suami beliau dan tidak lupa juga kepada semua pengawas. Anda telah melakukan aktiviti itu dengan penuh semangat kerjasama dan bersungguh-sungguh. Syabas!

Thursday, January 3, 2013

Carta Organisasi Lembaga Pengawas SMK Ampang Pecah (B) 2013


Penaung: Tuan Rozali bin Mazlan
Guru Penasihat: En. Mohd Suhaimi bin Abdullah

Guru Pengawas 1 : En. Azlan Kamal Nazyunniyah
Guru Pengawas 2 : Pn. Siti Hajar bt Zubdi

Ketua Pengawas: Muhammad Aiman bin Shari
Timbalan Ketua Pengawas 1: Sumaiyah binti Khairuddin
Timbalan Ketua Pengawas 2: Muhammad Nur Shazwan bin Mohd Nawawi
SetiausahaSuraya Syahirah binti Rosman
Bendahari: Atiqah Aqilah binti Kamarudin
Timbalan Bendahari: Siti Nur Farissa binti Rosmin

BIRO-BIRO LEMBAGA PENGAWAS SMK AMPANG PECAH (B)


Ketua Biro Disiplin (L)Norul Amarul Hafizh bin Jabarul Haddan
Ketua Biro Disiplin (P)Shazleen binti Ahmad Taupiq Nasri
Ketua Biro Perhimpunan (L): Muhammad Ramdan bin Sinun
Ketua Biro Perhimpunan (P)Navitaa A/P Prabagaren
Ketua Biro Program Sistem Penalti: Nurul Farah Adiba binti Zaraiee
Ketua Biro Majlis RasmiGhina Tsurayya Alyahya binti Hasbi
Ketua Biro Siaraya (PA System): Muhammad Nur Shazwan bin Mohd Nawawi
Ketua Biro Gerakan Khas: Luo Yuok Yee
Ketua Biro Pengurusan Am: Siti Salwa binti Ahmad Fadzil
Ketua Biro Dokumentasi: Nur Afiqah binti Ahmad Tajudin
Ketua Biro Keceriaan: Siti Noor Farhana binti Abdul Rahman

Tuesday, January 1, 2013

Gotong-Royong Mengemas Bilik Pengawas

Pada hari Isnin bersamaan 31 Desember 2012, telah diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan bilik pengawas yang telah dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Pengawas dan turut dibantu oleh pengawas tingkatan 1 iaitu Muhammad Imran dan Badrul Amin. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada para pengawas yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk aktiviti ini.Terima Kasih juga diucapkan kepada pengawas kerana memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti ini.









Selamat Tahun Baru (2013)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari Lembaga Pengawas Sek. Men. Keb. Ampang Pecah (BESTARI) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2013 ini, para pengawas dapat berusaha dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan agar para pengawas dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha mengurangkan masalah disiplin di sekolah serta kita juga harus menjadi contoh yang baik agar para pelajar boleh mencontohi kita. Sekian dari kami.

Wednesday, October 17, 2012

Lawatan Pengawas Ke Terengganu (2012)

Pada hari Jumaat bersamaan 13 Julai hingga 15 Julai 2012 yang lalu, lembaga pengawas telah mengadakan lawatan ke Terengganu selama 3 hari 2 malam.

Sepanjang berada di sana, terdapat pelbagai tempai yang kami kunjungi antaranya ialah Rantau Abang, Pasar Payang, Dataran Syahbandar, dan Noor Arfa Craft Complex (NACC).


 Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pengawas kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang lawatan ini. Semoga ia dapat dijadikan pengalaman dan kenangan indah (sepanjang berada di negeri orang) buat semua pengawas SMKAP 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Pada hari Rabu bersamaan dengan 16 Mei 2012 yang lalu, satu majlis telah diadakan bagi menghargai jasa guru-guru, iaitu Majlis Hari Guru bagi tahun 2012.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah 'Tradisional'. Pelbagai jenis pakaian dari seluruh negara telah diperagakan oleh para guru.

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan khas untuk guru-guru. Antaranya ialah congkak, pertandingan tarik tali, pertandingan gasing dan sebagainya.

Terima kasih diucapkan kepada para pengawas yang telah menjayakan majlis hari guru ini. Semoga ahli-ahli Lembaga Pengawas dapat menjalankan tugas dengan lebih baik lagi di masa akan datang. SELAMAT HARI GURU!




Thursday, April 12, 2012

Perlantikan Pengawas Sesi 2012


Pada Isnin, 13 Februari 2012 yang lalu, satu majlis telah diadakan, iaitu majlis perlantikan Pengawas sesi 2012, seramai 24 orang pengawas telah dilantik. 

Pada hari yang sama juga telah diadakan pemberian kuasa merotan kepada beberapa orang guru disiplin dan pembacaan ikrar pengawas. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pengawas kerana telah memberi kerjasama. Semoga mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan amanah dan adil.





Monday, March 28, 2011

Gotong-Royong Mengemas Bilik Pengawas Dan Bilik Disiplin









Pada 26 Mac 2011,telah diadakan satu gotong-royong membersihkan bilik pengawas dan bilik disiplin yang telah dilaksanakan oleh semua Pengawas Tingkatan 4 & Tingkatan 5.Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada para pengawas yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk aktiviti ini.Terima Kasih juga diucapkan kepada Muhammad Amirul Syafiq Bin Ahmad Zuperi dari kelas 5 Jauhari yang telah membantu dalam melakukan tugasan walaupun beliau bukan seorang pengawas.

Monday, January 24, 2011

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SMK Ampang Pecah 2011

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SMK Ampang Pecah telah diadakan pada 14 Januari 2011 yang lalu.













Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dan juga kepada ahli PBSM yang bertugas pada hari tersebut.

Thursday, January 20, 2011

Pelantikan Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas 2011

Pada tanggal 10 Januari 2011 yang lalu, satu majlis telah diadakan, iaitu majlis pelantikan Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas bagi sesi persekolahan 2011 SMK Ampang Pecah (Bestari).


Nik Mohamad Zulhayiz dari kelas 5 Gemilang telah dilantik sebagai Ketua Pengawas yang baru. Beliau akan dibantu oleh 2 orang timbalannya, Nur Atiqah binti Mat Samadi dan Hafeez bin Ahmad Taupiq Nasri untuk membantu guru mengawal pelajar-pelajar .


Semoga mereka dapat menjalankan tugas masing-masing dengan amanah dengan bantuan dan kerjasama daripada pengawas-pengawas yang lain.


Ketua Pengawas : Nik Mohamad Zulhayiz


Timbalan Pengawas 1 : Nur Atiqah


Timbalan Pengawas 2 : Hafeez

Friday, April 30, 2010

Kini, kemudi SMKAP tinggal berdua.




Satu bulan yang lalu warga SMKAP telah kehilangan seorang ibu,namun, mulai 10 April 2010, seorang bapa dan guru yang komited akan meninggalkan kami.


Beliau ialah Tn. Hj. Mohd Mohtar b Husin, Penolong Kanan Pentadbiran SMKAP semenjak dari mula sekolah ini ditubuhkan. Sebagai salah seorang guru perintis, tuan haji banyak membantu membangunkan sekolah ini dari tidak dikenali ramai sehingga namanya dipahat dan dikenali diseluruh Malaysia, amnya dan antarabangsa, umumnya.

Majlis pada hari Jumaat, 9 April 2010 lalu dijalankan dalam keadaan sederhana. Khabarnya, tuan haji sendiri tidak mengetahui tentang sambutan majlis tersebut. Dimulakan dengan bacaan ayat suci AlQuran dan  Surah Yasin, majlis kemudiannya diambil alih oleh guru pengerusi majlis.


Ketua Pengawas SMKAP, Nur Syahmin Alya bt Masri dari tingkatan 5 Gemilang telah menyampaikan  ucapan mewakili para pelajar. Seterusnya Puan Nor Azizah membacakan serba sedikit biodata tuan haji sebelum tuan yang diraikan memberikan ucapan.


Kata-kata terakhir dari seorang bapa.


Persembahan yang diatur juga mantap dan berkarisma, as expected from warga SMKAP. Dimulakan dengan deklamasi sajak, Bak air yang mengalir daripada dua orang pelajar tingkatan 5 diringi dengan petikan gitar syahdu dari dua orang pelajar tingkatan 4, persembahan diteruskan dengan syair yang dilagukan oleh saudari Nur Fara Ain Yusri, pengawas tingkatan 4.


Dik ain sedang menjiwai syair yang dilagukan.


 Kemudian, kejutan daripada Ustazah Enezah dengan dua orang penyani nasyid diterbanngkan khas dari SAMT KKB. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu nasyid dari kumpulan Far East - Cinta Pertama dan dari kumpulan Aeman - Buatmu Ibu


Penyanyi nasyid cilik dari SAMTKKB. Awesome performance, dik.


Kejutan terakhir semsetinya apabila tuan haji membuat kuiz tentang diri beliau, dengan angpau berisi...tekalah sendiri. Hehehe...rahsia tersebut kekal bersama yang dapat angpau sahaja.



Sebagai seorang yang pernah bergelar warga SMK Ampang Pecah, sudah pasti pemergian tuan haji akan dirindui oleh kami semua di sini. Bakti yang dicurahkan serta pengorbanan yang telah dilakukan selama bertugas di SMKAP kurang lebih 9 tahun akan menjadi suatu kenangan abadi yang terukir dalam sejarah kecemerlangan sekolah kita. Hanya sekalung penghargaan dapat dihulurkan sebagai tanda terima kasih kami kepada tuan haji atas jasa yang tidak ternilai. Terima kasih tuan!

 
Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.