Saturday, January 23, 2010

Tugas & Tanggungjawab Pengawas


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
·            Mengawal disiplin pelajar.
·            Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
·            Menjaga imej dan nama baik sekolah.
·            Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
·            Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
·            Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
·            Memimpin rakan-rakan pelajar.
·            Mencegah kes jenayah di sekolah.
·            Menghormati guru.
·            Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
·            Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
·            Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
·            Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
·            Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
·            Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
·            Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
·            Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
·            Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
·            Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat.

0 comments:

Post a Comment